Akaun pertubuhankebajikantrg.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

IFTHAR RAMADHAN

IFTHAR RAMADHAN



Rasulullah SAW bersabda: 

"Apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu."

(HR Muslim)

================================
Kedatangan Ramadan sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana ganjaran pahala berlipat ganda dan keampunan Allah SWT yang terbuka luas. Justeru, sebagai umat islam sangatlah rugi jika kita semua tidak merebut peluang ini untuk menggandakan amalan dan kebaikan sepanjang bulan yang penuh barakah ini. 

Sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba malam pertama Ramadan, seruan (dari langit) menyeru: ‘Wahai orang yang ingin berbuat kebajikan, teruskanlah (mara berbuat kebajikan). Wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah SWT melepaskan ramai orang dari neraka.’ Seruan itu dibuat setiap malam.”

(HR At-Tirmidzi)


Sepanjang bulan Ramadan ini, rebutlah amalan-amalan yang boleh dilakukan demi mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. 



 MEMPERBANYAKKAN DOA 

MasyaAllah, betapa istimewanya doa umat islam ketika bulan Ramadan. Doanya tidak akan ditolak sama sekali! Menurut sumber oleh Mufti Wilayah Persekutuan, doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah kerana orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa apabila mereka berpuasa kerana Allah.

Daripada Abdullah bin Amr' RA berkata, Nabi SAW bersabda;

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”.

(HR Ibn Majah)









 SEDEKAH RAMADAN/ MEMBERI MAKAN ORANG BERPUASA 

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah terutamanya ketika ketibaan bulan Ramadan. Infaq berbuka puasa adalah salah satu sedekah yangh ringan namun besar pahalanya.


 “Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa,

maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut,

tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu”

 (HR Nasa’i dan Tirmidzi)

================================




Ayuh lakukan Infaq Ramadan anda bersama Pertubuhan Kebajikan Ummatul Hilmaz. Semoga Sedekah Ramadan tuan/puan ini mampu membantu mereka di Kemboja untuk menyambut Ramadan dengan gembira. Ayuh raikan Ramadan bersama mereka.

ANTARA PAKEJ-PAKEJ RAMADAN BERSAMAMU KEMBOJA



===========================================================================

Disclaimer:

Kami adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar secara sah di bawah Undang-undang Kerajaan Malaysia. 
Sebarang persoalan boleh hubungi pegawai kami:
Encik Aizat- 6011-1055 4462




Jika anda mempunyai sebarang masalah PEMBAYARAN atau PERTANYAAN  sila tekan link whatsapp admin dibawah :

WHATSAPP ADMIN

Bagi yang ingin SCAN, boleh Scan Qr Code disini,

  Insya Allah dah buat je pembayaran sumbangan, minta maklumkan terus pada Aizat beserta slip resit ya






JOM INFAQ RAMADHAN SEKARANG !!!    





Perlukan Bantuan